Maklumat Utama
Mengenai Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)
AHB ialah dana unit amanah patuh Syariah yang melabur terutamanya dalam pemunyaan benefisial hartanah komersial di lokasi utama di Malaysia. Dana ini boleh dilanggan oleh pelabur Bumiputera pada harga RM1.00 seunit di semua cawangan pengedar yang sah di seluruh Malaysia.

AHB disokong oleh hartanah-hartanah komersial utama yang telah disewakan dan menikmati aliran pendapatan sewaan secara tetap. Ia diwujudkan untuk memberikan peluang kepada pelabur Bumiputera menyertai pemilikan hartanah komersial utama melalui pegangan unit dalam AHB sebagai pemegang unit.

AHB telah dilancarkan pada 20 Oktober 2010 dengan saiz dana permulaan sebanyak 1 bilion unit. Tahun kewangan berakhir adalah pada 30 September, dan saiz dana semasa adalah 5.0 bilion unit.
Manfaat Melabur Dalam AHB
Akses kepada hartanah utama
Pelaburan AHB disokong oleh hartanah-hartanah komersial di lokasi-lokasi utama di Malaysia.
Patuh Syariah
Skim pelaburan ini disahkan patuh Syariah.
Diuruskan secara profesional
Para pelabur mempunyai akses kepada perkhidmatan pengurus-pengurus dana yang berpengalaman dan profesional.
Mampu milik
Hanya 100 unit untuk pelaburan permulaan minimum dan 50 unit untuk pelaburan tambahan minimum, secara tunai.
Dipantau oleh Pemegang Amanah
Hak dan faedah anda dipantau rapi oleh Pemegang Amanah bagi AHB.
Kemudahan
Boleh melabur melalui mana-mana cawangan Maybank, AmBank, AmBank Islamic dan Bank Islam seluruh negara.
Objektif Utama
AHB bertujuan untuk menyediakan pemegang unit dengan aliran pendapatan yang tetap dan konsisten sambil mengekalkan modal pelaburan pemegang unit.
Pelabur Yang Sesuai
AHB sesuai untuk anda, jika anda:
  • Mempunyai matlamat pelaburan jangka panjang
  • Mencari pemeliharaan modal
  • Mencari pendapatan tetap
  • Mempunyai toleransi risiko yang rendah
Aset Asas Utama
AHB melabur terutamanya di dalam hartanah pemunyaan benefisial di Malaysia. Pemunyaan benefisial didefinisikan sebagai hak ke atas aliran pendapatan tetap yang dijana oleh portfolio hartanah AHB, tetapi bukan pada jangkaan untung/rugi modal daripada hartanah tersebut. Pendapatan sewaan dijana melalui perjanjian jualan dan pajakan balik dengan Penaja AHB, Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) atau anggota gabungannya.
Key People
Panel Penashihat Syariah
Prof. Dr. Aznan Hasan
Prof. Dr. Aznan Hasan
PENGERUSI
Profesor Dato' Dr. Aznan Hasan adalah Profesor Madya di Institut Perbankan dan Kewangan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM). Beliau menerima ijazah pertama dalam Syariah daripada University of al-Azhar dan Ijazah Sarjana dalam Syariah dengan cemerlang (mumtaz) daripada Cairo University. Beliau kemudiannya memperolehi Ph.D daripada University of Wales, Lampeter, United Kingdom.

Beliau adalah Presiden semasa Persatuan Penasihat Syariah dalam Kewangan Islam (“ASAS”). Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan bekas ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia. Profesor Dato' Dr. Aznan Hasan turut berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Syariah Maybank Islamic Berhad, Pengerusi Lembaga Penasihat Syariah, Barclays Capital (DIFC, Dubai), ahli Lembaga Penasihat Syariah, ABSA Islamic Bank (South Africa), FNB Bank, Yasaar Limited, Khalij Islami, European International Islamic Bank (“EIIB”), AmanahRaya Berhad, AmanahRaya Investment Bank Labuan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja serta beberapa institusi kewangan dan badan korporat di dalam dan di luar negara. Beliau juga berkhidmat sebagai Perunding Syariah kepada Maybank Investment Bank Berhad. Beliau adalah Penasihat Syariah berdaftar untuk Skim Unit Amanah Islam dan sekuriti Islam (Sukuk), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta ahli Jawatan Kuasa Koordinasi Organisasi Zakat Antarabangsa Kebangsaan (“IZO”), sebuah badan penasihat yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, dan adalah ahli Lembaga Penyelia Syariah Yayasan Waqaf, sebuah entiti korporat yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyelia permohonan Waqaf di Malaysia.

Profesor Dato' Dr. Aznan Hasann juga merupakan pengarang tersohor dalam kewangan Islam dan setakat ini, telah menghasilkan beberapa buah buku dan terbitan dalam jurnal serta telah membentangkan beberapa kertas kerja/prosiding persidangan di pelbagai persidangan/acara antarabangsa.
Mohd Fadhly Md Yusoff
Mohd Fadhly Md Yusoff
AHLI
Mohd Fadhly Md. Yusoff telah dilantik sebagai Penasihat Syariah kepada Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) pada 29 Mei 2022. Buat masa ini, beliau adalah ahli Jawatan Kuasa Syariah untuk RHB Islamic Bank Berhad, Bank Pembangunan Malaysia Berhad dan Sun Life Malaysia Takaful Berhad. Beliau juga adalah Penasihat Syariah Berdaftar untuk Sukuk dan Unit Amanah (berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia), seorang Peguam Syarie Berdaftar, dan pelatih diiktiraf untuk Kelayakan Kewangan Islam (IFQ) oleh Chartered Institute for Securities and Investment.

Mohd Fadhly kini menjalankan perniagaan sendiri dan juga merupakan penasihat dan perunding Syariah bebas. Beliau menyertai Jabatan Pasaran Modal Islam Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 1995, di mana beliau menimba pengalaman luas selama 12 tahun dalam penyeliaan dan penyelidikan yang berkaitan dengan sekuriti, produk berstruktur dan pelaburan kolektif. Beliau menamatkan perkhidmatan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai seorang pengurus pada 2008.

Beliau kemudiannya menjadi Perunding kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk Jabaran Pasaran Modal Islam sebelum menyertai Jawatan Kuasa Syariah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sebagai ahli. Beliau juga berkhidmat sebagai ahli Jawatan Kuasa Syariah Opus Asset Management Sdn Bhd dan Apex Investment Services Berhad.

Mohd Fadly memegang ijazah sarjana muda dalam Syariah (Kepujian Kelas Pertama) daripada Universiti Malaya, Malaysia, pada 1995. Beliau juga memilik Diploma Pasca Ijazah dalam Pentadbiran Kehakiman & Islamik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dr. Ismail Mohd @ Abu Hassan
Dr. Ismail Mohd @ Abu Hassan
AHLI
Dr. Ismail Mohd telah dilantik sebagai Penasihat Syariah kepada Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) pada 29 Mei 2022. Buat masa ini, beliau merupakan ahli Jawatan Kuasa Syariah untuk RHB Islamic Bank Berhad, Bank Pembangunan Malaysia Berhad dan Sun Life Malaysia Takaful Berhad. Beliau juga adalah Penasihat Syariah Berdaftar untuk Sukuk dan Unit Amanah (berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia), seorang Peguam Syarie Berdaftar, dan pelatih diiktiraf untuk Kelayakan Kewangan Islam (IFQ) oleh Chartered Institute for Securities and Investment.

Beliau juga pernah dipanggil sebagai saksi pakar dalam kes probet (harta pusaka) di Singapura, Brunei dan Malaysia. Beliau merupakan salah seorang ahli jawatan kuasa dalam menghasilkan rang undang-undang Islam untuk Wasiat dan Amanah bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (“JAKIM”) dan Jabatan Kehakiman Islam Malaysia dan merupakan Penasihat Syariah untuk Amanahibah Malaysia sejak 2001. Dr Ismail juga adalah ahli Lembaga Pemegang Amanah untuk Infaq lil Waqf, ANGKASA dan merupakan ahli Jawatan Kuasa Syariah untuk Koperasi Angkasa (KOPSYA) ANGKASA dan ahli Lembaga Pengarah serta ahli Jawatan Kuasa Syariah untuk Etiqa Takaful Malaysia dan Maybank Islamic Berhad. Dr. Ismail juga adalah Penasihat Syariah berdaftar untuk Skim Unit Amanah Islam dan sekuriti Islam (Sukuk), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Pihak-pihak Utama Dalam AHB
Penaja: Pelaburan Hartanah Berhad 200601013065 (732816-U)
Pengurus: PHB Asset Management Berhad (dahulunya dikenali sebagai Pengurusan Amanah Hartanah Berhad) 201101004423 (932564-V)
Pemegang Amanah: AmanahRaya Trustees Berhad (766894-T)
Pengedar-pengedar Sah: Malayan Banking Berhad (196001000142) (3813-K), AmBank (M) Berhad 196901000166 (8515-D), AmBank Islamic Berhad 199401009897 (295576-U) dan Bank Islam Malaysia Berhad 198301002944 (98127-X).