Polisi Anti-Rasuah Dan Anti-Korupsi
Polisi anti-rasuah ini wujud selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 ("Akta SPRM" atau "Akta") untuk menetapkan tanggungjawab PHB Asset Management Berhad ("PHBAM" atau "Syarikat") dan mereka yang bekerja dengan kami dalam mematuhi dan mengekalkan pendirian sifar toleransi kami terhadap rasuah dan korupsi.
Ia juga bertindak sebagai sumber maklumat dan panduan bagi mereka yang bekerja untuk PHBAM. Ia membantu mereka mengenal pasti dan menangani isu-isu rasuah dan korupsi, serta memahami tanggungjawab mereka.
Pada tahun 2018, Akta SPRM (Pindaan) 2018 telah diwartakan dan prinsip liabiliti jenayah organisasi komersial (liabiliti korporat) telah diperkenalkan dalam Seksyen 17A Akta tersebut. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menyatakan bahawa peruntukan liabiliti korporat dalam Akta SPRM akan dikuatkuasakan pada 1 Jun 2020.
Selaras dengan Garis Panduan Tatacara Yang Mencukupi yang dikeluarkan oleh Kerajaan, Polisi dan Rangka Kerja Anti-Rasuah & Anti-Korupsi PHBAM (“Polisi ABAC PHBAM” atau “Polisi”) telah direka untuk menyediakan rangka kerja kepada syarikat untuk menetapkan langkah-langkah yang perlu bagi mencegah berlakunya amalan rasuah dalam aktiviti perniagaan kami. PHBAM menggalakkan penggunaan saluran pendedahan maklumat Pelaburan Hartanah Berhad ("PHB") untuk melaporkan kebimbangan berkaitan insiden rasuah yang sebenar atau disyaki (sila rujuk Polisi Pendedahan Maklumat PHB).
Polisi ABAC PHBAM ini berkaitan dengan polisi, garis panduan, dan prosedur PHBAM yang lain dan bertujuan untuk memastikan bahawa kakitangan PHBAM, perniagaan, dan sesiapa yang bertindak bagi pihak PHBAM mematuhi undang-undang yang berkaitan dan peruntukan dalam Polisi ini.