Kenali Kami
SIAPA KAMI
PHB Asset Management Berhad (dahulunya dikenali sebagai Pengurusan Amanah Hartanah Berhad) (No. Pendaftaran: 201101004423 (932564-V)) (PHBAM), ditubuhkan pada 14 Februari 2011, merupakan syarikat milik penuh Pelaburan Hartanah Berhad (PHB). Syarikat ini berdaftar di alamat Aras 6, Blok E, Dataran PHB, Saujana Resort, Seksyen U2, 40150 Shah Alam, Selangor, dan pejabat utama di Aras 9, Blok D, Dataran PHB, Saujana Resort, Seksyen U2, 40150 Shah Alam, Selangor

Setakat 31 Mac 2024, modal dibenarkan dan berbayar PHBAM adalah RM12 juta.
PHBAM telah menerima Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 22 April 2024 untuk aktiviti pengurusan dana terkawal berkaitan dengan portfolio pengurusan dan urus niaga dalam sekuriti yang terhad kepada unit amanah.
Kami menguruskan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), sebuah dana unit amanah patuh Syariah yang bertujuan untuk membolehkan penyertaan Bumiputera di dalam pemilikan hartanah komersial utama, dalam usaha untuk menyediakan pulangan yang kompetitif dan stabil kepada pelabur.
PHB menyokong PHBAM secara profesional, mengambil peranan penyumberan luar dalam bidang berikut:

Fungsi Penyumberan Luar
1
Setiausaha Syarikat
2
Pengurusan Risiko
3
Information Technology
4
Legal
5
Financing and Accounting
6
Internal Audit
RINGKASAN KEDUDUKAN KEWANGAN PHBAM
|
Keputusan tidak diaudit bagi tempoh 3 bulan berakhir |
Keputusan Diaudit bagi Tahun Berakhir | |||
| 31 Mac 2026 (RM) | 31 Disember 2025 (RM) | 31 Disember 2024 (RM) | 31 Disember 2023 (RM) | |
|
Modal Berbayar
|
12,000,002 | 12,000,002 | 12,000,002 | 2 |
|
Dana Pemegang Saham
|
32,231,784 | 28,858,974 | 16,632,402 | (50,851) |
|
Perolehan
|
6,032,312 | 24,218,121 | 12,283,746 | - |
|
Kerugian sebelum cukai
|
3,372,810 | 12,226,572 | 4,683,253 | (8,719) |
|
Kerugian selepas cukai
|
3,372,810 | 12,226,572 | 4,683,253 | (8,719) |
Dasar Pencegahan Rasuah DanAnti-Korupsi
Dasar pencegahan rasuah ini diwujudkan sejajar dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (“Akta SPRM” atau “Akta”) untuk menetapkan tanggungjawab PHB Asset Management Berhad (“PHBAM” atau “Syarikat”) dan mereka yang bekerja untuk kami yang berkaitan dengan pemerhatian dan menegakkan pendirian sifar toleransi kami terhadap rasuah dan korupsi.

Ia juga diwujudkan untuk bertindak sebagai sumber maklumat dan panduan bagi mereka yang bekerja untuk PHBAM. Ia membantu mereka mengenali dan menangani isu rasuah dan korupsi, serta memahami tanggungjawab mereka.
Pada tahun 2018, Akta SPRM (Pindaan) 2018 telah diwartakan dan prinsip liabiliti jenayah organisasi komersial (liabiliti korporat) telah diperkenalkan dalam Seksyen 17A Akta tersebut. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menyatakan bahawa peruntukan liabiliti korporat Akta SPRM akan dikuatkuasakan pada 1 Jun 2020.
Selaras dengan Garis Panduan mengenai Prosedur Mencukupi yang dikeluarkan oleh Kerajaan, Dasar dan Rangka Kerja Pencegahan Rasuah & Anti-Korupsi PHBAM (“Dasar ABAC PHBAM” atau “Dasar”) telah dicipta untuk menyediakan kepada Syarikat, rangka kerja bagi mewujudkan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk mengcegah daripada berlakunya amalan rasuah yang melibatkan aktiviti perniagaan kita. PHBAM menggalakkan penggunaan saluran pemberi maklumat Pelaburan Hartanah Berhad (“PHB”) untuk menyuarakan kebimbangan mengenai insiden rasuah sebenar atau yang disyaki (sila rujuk Dasar Pemberi Maklumat PHB).
Polisi ABAC PHBAM dikaitkan dengan dasar, garis panduan dan prosedur PHBAM yang lain dan ia bertujuan untuk memastikan kakitangan, perniagaan dan sesiapa sahaja yang bertindak untuk dan bagi pihak PHBAM agar mematuhi undang-undang yang terpakai dan peruntukan Dasar ini.