Soalan Lazim
1.
Siapakah yang layak melabur dalam AHB?
+
Berikut adalah mereka yang layak melabur dalam AHB:
- Bumiputera Malaysia
- Akaun Dewasa (18 tahun ke atas);
- Akaun Remaja (bagi pemohon bawah umur dan kanak-kanak berumur tiga (3) bulan dan ke atas tetapi di bawah usia 18 tahun di bawah nama penjaga yang sah. Penjaga yang sah mestilah berumur 18 tahun dan ke atas. Kedua-dua penjaga yang sah dan kanak-kanak bawah umur tersebut mestilah Bumiputera Malaysia);
- Institusi Bumiputera sebagaimana yang ditetapkan oleh Penaja dan Pengurus; dan
- Lain-lain seperti yang ditetapkan oleh Surat Ikatan
Diterbitkan: 27 March 2019
2.
Apakah yang perlu saya lakukan jika saya berminat hendak melabur dalam AHB?
+
Anda dinasihatkan supaya membaca dan memahami kandungan prospektus AHB, yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC), sebelum melabur dalam AHB. Salinan prospektus dan borang permohonan boleh didapati di mana-mana cawangan pengedar yang sah di Malaysia.
Diterbitkan: 31 March 2019
3.
Apakah yang harus saya lakukan jika saya hendak membeli unit AHB?
+
Anda boleh membeli unit AHB di semua cawangan pengedar yang sah di seluruh Malaysia pada mana-mana Hari Perniagaan semasa waktu pejabat. Anda dinasihatkan supaya:
- Meminta bantuan di Kaunter Pertanyaan
- Anda akan dirujukkan kepada Penasihat Kewangan Peribadi (PFA) yang akan memberikan penjelasan lanjut tentang AHB
- Isi “Borang Pendaftaran - Akaun Dewasa” atau “Borang Pendaftaran - Akaun Kanak-Kanak/Remaja”, mengikut mana-mana yang berkenaan
- (Sila ambil perhatian bahawa anda dikehendaki menyatakan nombor akaun bank dalam borang tersebut. Ini bagi memudahkan pembayaran agihan pendapatan, jika ada, kerana agihan pendapatan akan dibayar terus ke dalam akaun anda. Caj minimum akan dikenakan bagi menampung kos urus niaga untuk pembayaran agihan pendapatan.)
- Mengemukakan borang yang lengkap berserta Kad Pengenalan anda, atau MyKad / salinan asal Sijil Kelahiran (bagi individu berumur tiga (3) bulan hingga 18 tahun) dan jumlah pelaburan dalam bentuk tunai atau cek jurubank di kaunter. Seterusnya, salinan Borang Pendaftaran yang disahkan akan dikeluarkan kepada anda sebagai bukti pelaburan anda.
Diterbitkan: 28 November 2025
4.
Berapakah harga seunit AHB?
+
Harga seunit telah ditetapkan pada RM1.00.
Diterbitkan: 8 January 2026
5.
Berapakah pelaburan minimum, maksimum dan tambahan yang dibenarkan?
+
Pelaburan permulaan minimum ialah RM100 bagi setiap individu untuk pelaburan tunai.
Pelaburan maksimum ialah RM1,000,000 bagi setiap individu. Pengurus mempunyai budi bicara untuk mengubah had ke atas pelaburan oleh mana-mana individu.
Pelaburan tambahan minimum ialah RM50 bagi setiap individu untuk pelaburan tunai.
Pelaburan maksimum ialah RM1,000,000 bagi setiap individu. Pengurus mempunyai budi bicara untuk mengubah had ke atas pelaburan oleh mana-mana individu.
Pelaburan tambahan minimum ialah RM50 bagi setiap individu untuk pelaburan tunai.
Diterbitkan: 8 January 2026
6.
Berapakah jumlah minimum penebusan?
+
Jumlah minimum penebusan ialah RM100 bagi setiap individu. Anda boleh menebus unit anda dengan mengisi “Borang Jualan Balik” di kaunter.
(Sila ambil perhatian bahawa baki yang tinggal dalam akaun anda mestilah sekurang-kurangnya RM100. Jika tidak anda akan dikehendaki menebus semua baki anda dan akaun anda akan ditutup.)
(Sila ambil perhatian bahawa baki yang tinggal dalam akaun anda mestilah sekurang-kurangnya RM100. Jika tidak anda akan dikehendaki menebus semua baki anda dan akaun anda akan ditutup.)
Diterbitkan: 8 January 2026
7.
Berapa kerapkah saya boleh menebus unit saya?
+
Penebusan hanya boleh dibuat sekali dalam setiap bulan kalendar.
Diterbitkan: 8 January 2026
8.
Bagaimanakah cara membuat pembayaran untuk melabur dalam AHB?
+
Anda boleh membayar secara tunai atau cek jurubank (cek persendirian tertakluk pada penjelasan cek).
Diterbitkan: 8 January 2026
9.
Adakah saya akan mendapat buku simpanan atau sijil selepas penerimaan pelaburan dalam unit AHB?
+
Pelaburan anda akan dibuktikan melalui salinan “Borang Pendaftaran” yang telah disahkan apabila anda membuat pembelian unit AHB.
Penyata akan dikeluarkan setiap enam bulan sekali yang menunjukkan baki pelaburan anda dalam AHB. Sebagai tambahan, anda boleh meminta penyata anda dicetak di mana-mana cawangan pengedar yang sah dengan menunjukkan kad pengenalan anda. Walau bagaimanapun, penyata tidak akan dikeluarkan serta-merta apabila permintaan dibuat. Pengedar yang sah akan menghubungi anda apabila penyata siap untuk diambil.
Penyata akan dikeluarkan setiap enam bulan sekali yang menunjukkan baki pelaburan anda dalam AHB. Sebagai tambahan, anda boleh meminta penyata anda dicetak di mana-mana cawangan pengedar yang sah dengan menunjukkan kad pengenalan anda. Walau bagaimanapun, penyata tidak akan dikeluarkan serta-merta apabila permintaan dibuat. Pengedar yang sah akan menghubungi anda apabila penyata siap untuk diambil.
Diterbitkan: 8 January 2026
10.
Berapa kerapkah agihan pendapatan dilakukan?
+
Agihan pendapatan (jika ada) akan dilakukan setiap setengah tahun.
Diterbitkan: 8 January 2026
11.
Bolehkah agihan dilabur semula?
+
Apa-apa agihan daripada Dana akan dibayar sepenuhnya secara tunai dan/atau Unit-unit.
Sekiranya agihan adalah dalam bentuk tunai, agihan tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda secara automatik.
Bagi sebarang agihan dalam bentuk unit, unit tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun AHB Pemegang Unit.
Sekiranya agihan adalah dalam bentuk tunai, agihan tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda secara automatik.
Bagi sebarang agihan dalam bentuk unit, unit tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun AHB Pemegang Unit.
Diterbitkan: 8 January 2026
12.
Adakah terdapat sebarang Fi atau Caj yang dikenakan untuk jualan dan belian balik?
+
Tiada Caj atau Fi secara langsung yang dikenakan. Anda boleh membeli dan menjual unit pada harga yang ditetapkan sebanyak RM1.00 seunit bagi urus niaga tunai.
Diterbitkan: 8 January 2026
13.
Adakah terdapat sebarang tempoh matang untuk AHB?
+
Tiada tempoh matang kerana tempoh pegangan untuk AHB tidak ditetapkan, tertakluk pada syarat surat ikatan dan dokumen urus niaga.
Diterbitkan: 8 January 2026
14.
Bolehkah saya memindahkan unit kepada waris terdekat / lain-lain?
+
Pindahan unit tidak dibenarkan, kecuali bagi yang berikut:
- pindahan kepada dan daripada Penaja; atau
- pindahan kepada pemegang amanah, pentadbir atau wasi harta pusaka bagi pemegang unit yang sudah meninggal dunia, yang berhak didaftarkan sebagai pemegang unit menurut Seksyen 313 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; atau
- pindahan kepada dan daripada institusi kewangan yang telah menyediakan pembiayaan kepada Pemegang Unit untuk pembelian unit-unit tersebut.
Diterbitkan: 5 January 2026
15.
Adakah sebarang had pelaburan bagi dana AHB?
+
Ya, AHB mempunyai had pelaburan berikut untuk hartanah dan aset berasaskan tunai patuh Syariah.
| Pelaburan Patuh Syariah | Had berdasarkan Nilai AHB pada kos |
| Pemunyaan benefisial hartanah di Malaysia | 34% - 100% |
| Instrumen pasaran wang / wang tunai | 0% - 66% |
Diterbitkan: 8 January 2026
16.
Berapakah jumlah saiz dana?
+
Pada 20 Oktober 2010, AHB telah melancarkan saiz dana permulaan sebanyak 1 bilion unit. Saiz dana semasa adalah 5.0 bilion unit.
Diterbitkan: 8 January 2026
17.
Apakah yuran-yuran lain yang terlibat?
+
| Yuran-yuran Lain | Amaun |
| Yuran tahunan pengurusan | Sehingga maksimum 1.00% setahun daripada Nilai Dana (VOF), dikira dan diakru secara harian, seperti yang dipersetujui antara Pemegang Amanah dan Pengurus. |
| Yuran tahunan pemegang amanah | Sehingga 0.08% setahun daripada VOF, tertakluk kepada minimum RM18,000 setahun. |
Diterbitkan: 8 January 2026
18.
Jika AHB menjual aset dengan memperolehi keuntungan, adakah saya sebagai pelabur layak menerima agihan pendapatan khas?
+
Pengisytiharan agihan pendapatan adalah tertakluk kepada budi bicara Penaja yang mungkin mengagihkan keuntungan modal sebagai Hibah atau melabur semula ke dalam aset lain, selepas mempertimbangkan tindakan yang terbaik bagi manfaat para pelabur. Sebagai pelabur, anda akan terus menikmati pemunyaan benefisial ke atas AHB dan menerima aliran pendapatan sewaan yang tetap daripada portfolio tersebut.
Diterbitkan: 8 January 2026
19.
Adakah pelabur perlu membayar zakat ke atas pelaburan modal dan agihan pendapatan (dividen dan bonus)?
+
Pelaburan modal AHB tidak perlu dibayar zakat kerana pelaburan modal tersebut dianggap sebagai modal perniagaan untuk dilaburkan dalam bidang hartanah bagi tujuan sewaan. Hartanah yang diniatkan untuk sewaan hanya diwajibkan zakat ke atas hasilnya sahaja tanpa perlu membayar zakat ke atas asetnya.
Bagi agihan pendapatan asas, AHB telah membayar zakat melalui pengiraan “modal kerja yang diselaraskan” manakala PHB telah membayar zakat ke atas agihan bonus. Oleh itu, pemegang unit AHB tidak lagi perlu mengeluarkan zakat ke atas keseluruhan agihan pendapatan yang diagihkan.
Bagi agihan pendapatan asas, AHB telah membayar zakat melalui pengiraan “modal kerja yang diselaraskan” manakala PHB telah membayar zakat ke atas agihan bonus. Oleh itu, pemegang unit AHB tidak lagi perlu mengeluarkan zakat ke atas keseluruhan agihan pendapatan yang diagihkan.
Diterbitkan: 8 January 2026
20.
Siapakah yang patut saya hubungi untuk pertanyaan atau untuk meminta cetakan semula penyata/ baucar cukai?
+
Untuk sebarang pertanyaan dan permintaan, anda boleh menghubungi mana-mana cawangan Maybank, Ambank, Ambank Islamic atau Bank Islam terdekat. Selain itu, anda juga boleh menghubungi Pengurus Dana, PHB Asset Management Berhad (PHBAM), di (03) 7734 0555
Diterbitkan: 8 January 2026
21.
Bagaimana saya tahu berapa unit yang berbaki untuk langganan dalam akaun saya jika pendapatan telah dilabur semula?
+
Secara umum, unit yang tersedia untuk langganan dalam akaun adalah 1,000,000 unit tolak dengan unit-unit semasa (modal + pendapatan yang dilabur semula, jika ada).
Sila rujuk kepada contoh di bawah:Contoh 1: Jika akaun tersebut mempunyai modal sebanyak 480,000 unit dan tiada pendapatan yang dilabur semula.Baki unit yang tinggal untuk langganan = 1,000,000 unit - 480,000 unit = 520,000 unit
Contoh 2: Jika akaun tersebut mempunyai modal sebanyak 480,000 unit dan pendapatan yang dilabur semula adalah 20,000 unit.Baki unit yang tinggal untuk langganan = 1,000,000 unit - (480,000 unit + 20,000 unit) = 500,000 unit
Sila rujuk kepada contoh di bawah:Contoh 1: Jika akaun tersebut mempunyai modal sebanyak 480,000 unit dan tiada pendapatan yang dilabur semula.Baki unit yang tinggal untuk langganan = 1,000,000 unit - 480,000 unit = 520,000 unit
Contoh 2: Jika akaun tersebut mempunyai modal sebanyak 480,000 unit dan pendapatan yang dilabur semula adalah 20,000 unit.Baki unit yang tinggal untuk langganan = 1,000,000 unit - (480,000 unit + 20,000 unit) = 500,000 unit
Diterbitkan: 8 January 2026
22.
Apakah hartanah yang dimiliki secara benefisiari oleh AHB?
+
Portfolio hartanah pemunyaan benefisial yang dimiliki oleh AHB merangkumi;
- Menara Prisma, Putrajaya
- PJ33, Petaling Jaya
- Menara 1 Dutamas, Kuala Lumpur
- CP Tower, Petaling Jaya
- LF Logistic Warehouse, Shah Alam
- Wisma Consplant, Subang Jaya
- Lotus’s Setia Alam, Shah Alam
- Avisena Specialist Hospital, Shah Alam
- Dataran PHB Properties, Shah Alam
- Block C Dataran PHB, Shah Alam
- Menara BT Bangsar South, Kuala Lumpur
- One Precinct, Pulau Pinang
- The Shore Shopping Mall, Melaka
- Menara 1 Sentrum, Kuala Lumpur
- NU Sentral Shopping Centre, Kuala Lumpur
- Gleneagles Hospital (Block B), Kuala Lumpur
- Quill 18, Cyberjaya
- Menara Teras, Damansara
- NU Empire Shopping Gallery, Subang Jaya
- Damansara Specialist Hospital 2, Kuala Lumpur
- Marlborough College, Johor
- Menara BPNB Plaza Conlay, Kuala Lumpur
Diterbitkan: 4 June 2026
Memaparkan semua 22 FAQ